PUBG: Update Di PC Tambah Baik Fungsi Melaporkan Pemain Yang Menipu, 2 Koleksi Pakaian Baru

Permainan video yang mencipta fenomena di seluruh dunia, Playerunknown’s Battleground kini melancarkan update terbaru untuk test serversUpdate seberat 6.2 GB di Steam itu menawarkan dua koleksi pakaian baru dan fungsi untuk melaporkan cheaters.

Mengenai sistem laporan itu, korang kini boleh tag cheaters ketika replay. Ini kenyataan daripada pihak BlueHole:

“Kami sedang menambah cara baru untuk melaporkan cheaters dalam permainan. Bermula dengan test build (apabila ia disempurnakan, ciri ini akan dimasukkan ke server live juga), anda boleh melaporkan pemain secara terus daripada replay. Ini bermakna karakter anda tak perlu lagi dibunuh oleh mereka (cheaters) untuk menggunakan sistem itu. Kami menyarankan anda menggunakan replay report tool kerana ia terbukti efektif dan efisyen untuk kami mengenal pasti pemain yang cuba mengganggu sesi permainan anda,”

Butang report akan muncul apabila korang right-clicking pada pemain dalam senarai pemain ataupun ketika memerhati mereka dalam mod follow.

Selain update itu, PUBG juga memperkenalkan dua kotak (crate) baru yang berbayar.

Korang boleh membukanya dengan menggunakan Early Bird key yang dibeli di Steam market. 100,000 BP dan 6 kunci akan diberikan untuk setiap akaun (test servers saja).

Lihat drop-rate bagi kotak crate di bawah:

DESPERADO (kotak crate berbayar) : 40%
BIKER (kotak crate percuma) : 40%
Wanderer : 10%
Survivor : 10%

Untuk patch update penuh, boleh jenguk dekat SINI.

TAGS

RELATED NEWS

+