PUMA berkolaborasi dengan One Piece untuk streetwear dan pakaian sukan

Puma kini bekerjasama dengan anime popular iaitu One Piece. Sempena sambutan ulang tahun ke-25 anime One Piece, kolaborasi itu akan menggabungkan streetwear dan pakaian sukan dengan siri lanun itu.

Elemen One Piece ditunjukkan menerusi grafik seperti bendera lanun, dan juga babak dan karakter ditunjukkan dalam siri ini. Semuanya boleh dilihat menerusi busana seperti baju-T, Hoodie dan seluar trek PUMA. 

Beberapa pakaian juga akan ditampalkan logo PUMA dan juga One Piece secara bersama. Selain itu, aksesori didatangkan dalam bentuk bagpack dan juga Bucket Hat ikonik.

Untuk kasut, empat koleksi PUMA Suedes diinspirasikan oleh empat Emperor: Straw Hat Luffy, Shanks berambut merah, Blackbeard Teech dan Buggy the Genius Jester. Ia mempunyai sulaman menarik dengan formstrip berbentuk awan mewakili Gear5 Luffy dan juga Shanks.

PUMA x One Piece akan mula dijual bermula 23 Mac dengan harga RM129 hingga RM479 di laman web PUMA.com dan stor rasmi PUMA.       

RELATED NEWS

+