Netflix memperkenalkan barisan pelakon buat One Piece Live Action

Netflix baru-baru ini mendedahkan barisan pelakon yang akan membintangi live-action adaptasi daripada siri anime terkenal, One Piece dengan judul, Straw Hat Pirates.

Di dalam siri ciapan, Netflix memperkenalkan pelakon yang akan membintangi watak utama siri itu iaitu Monkey D. Luffy yang dibintangi oleh Inaki Godoy, Roronoa Zoro oleh Mackenyu, Nami oleh Emily Rudd, Usopp oleh Jacob Romero Gibso dan Sanji oleh Taz Skylar.

Eiichiro Oda, pembikin manga One Piece selaku penerbit eksekutif siri itu berkata, “Kami sudah bekerja bersama Netflix dan Tomorrow Studio untuk sebuah projek besar iaitu siri adaptasi live-action Hollywood One Piece!”

Oda turut mendedahkan beliau berkata akan hal ini demi mengelakkan ianya tertiris. “Buat masa ini, kami boleh memperkenalkan barisan pelakon utama. Jadi, kami perlu cepat dan umumkannya atau ianya akan tertiris kemudiannya!”

Dia juga menambah bahawa barisan pelakon ini mempunyai rupa, aura, suara, ketinggian, kebolehan berlakon yang cukup seimbang buat Straw Hat Crew.

One Piece adalah siri anime terkini yang diadaptasikan sebagai siri live-action. Sebelum ini, mereka sudah menghasilkan siri adaptasi Cowboy Bepop selain mengumumkan siri adaptasi Yuyu Hakusho. 

 Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+