PUMA x Animal Crossing New Horizons – Kasut Seude baru!

Puma baru-baru ini mengumumkan kolaborasi antara PUMA dengan Animal Crossing: New Horizons. Kasut ini akan dibuat untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Kolaborasi ini akan membawa kasut dengan rekaan dari Animal Crossings. Terdapat tiga jenis design kasut iaitu Suede, Wild Rider dan Future Rider.

Seude ini akan membawa warna beige dengan beberapa rekaan di bahagian atas, tapak yang lutsinar dengan print grafik dan juga label dari Animal Crossings.

Wild Rider akan menunjukkan gaya hidup di bandar.

Dengan warna beige dan juga logo Animal Crossing yang berwarna hijau, biru dan sand suede.

Terdapat juga beberapa sulaman berbentuk daun di hujung kasut dengan logo PUMA.

Future Rider pula akan memaparkan beberapa motif Animal Crisings dan menunjukkan beberapa elemen dari permainan video Animal Crossings.

 

Tom Nook kini menunggu untuk bersama PUMA x Animal Crossing: New Horizons.

Anda boleh membeli kedua-kedua kasut ini bermula dengan harga RM179 – RM579 bermula 18 September ini di PUMA Mid Valley, Tropicana Garden, Paradigm JB, ATMOS KL (Mid Valley), SoleWhat, dan The Gardens.

RELATED NEWS

+