Quake Remaster kini menerima sokongan papan kekunci dan tetikus di konsol dan Switch

Melalui kemaskini utama baru-baru ini, ia membawakan beberapa penambahbaikan untuk Quake, termasuk menambahbaik input analog bagi alat kawalan, membidik dengan lebih baik dan beberapa lagi perubahan umum.

Tetapi, terdapat satu perubahan yang tidak disenaraikan, di mana Quake kini sudah menerima sokongan kawalan tetikus dan papan kekunci untuk konsol dan Switch.

Melalui satu ciapan di Twitter, pengguna idTechpics menunjukkan seorang pengguna Reddit set up Nintendo Switch miliknya bersama sambungan tetikus dan papan kekunci melalui port USB. 

Quake Remastered sebelum ini diperlihatkan melalui QuakeCon pada Ogos lalu, selepas tertiris. Permainan ini kemudiannya dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Nintendo Switch, termasuk Xbox Game Pass. 

Bagi pengguna PS5 dan Xbox Series X|S pula akan menerima penambahbaikan antaranya sokongan permainan 4K, 120fps. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+