Raikan pelancaran Black Widow di MARVEL Strike Force bersama Codashop

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan RPG strategi mudah alih MARVEL Strike Force terkenal daripada Scopely kini meraikan kemunculan hero yang cukup terkenal daripada Marvel Studios, Black Widow. 

Kemunculan Black Widow ini diraikan dengan acara selama dua minggu yang akan membolehkan pemain sedia ada dan pemain baru mendapatkan pelbagai kandungan baru, bonus dan ganjaran menarik.

Acara yang berlangsung dari 2 Julai hingga 16 Julai akan memberi pengalaman yang menarik antaranya, pemain baru akan mendapat akses menggunakan watak Black Widow, bonus dan ganjaran harian menarik selama 15 hari, ‘milestone’ baru dan ganjaran di semua mod permainan untuk pemain level 14 dan ke atas dan pemain yang menyelesaikan milestones dan Costume Bits peluang untuk mendapatkan kostum ikonik Black Widow Snow Suit Costume yang diinspirasikan filem yang akan datang.

Dengan pelancaran ini, Scopely dan Codashop bekerjasama untuk melancarkan Marvel Strike Force di 7 buah negara (Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan dan Hong Kong). Pemain akan mendapat 20% diskaun apabila menambah nilai kredit permainan sepanjang tempoh promosi iaitu 2 hingga 18 Julai.

Sering digunakan di dalam pasukan “Skill Millitary”, Yelena dan Red Guardian dengan kebolehan ‘Assist-Attack’, Black Widow adalah watak sangat berkuasa dengan kemampuannya yang boleh memberi bonus kelajuan untuk pasukan dan memegunkan pihak lawan.

Rasai pengalaman Marvel Studio’s Black Widow di panggung atau tempah di Disney+ Premiew pada 9 Julai. Yuran tambahan diperlukan. 

RELATED NEWS

+