Codashop kini berkolaborasi bersama Todak MLBB

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Codashop mengumumkan kolaborasi dengan juara MPL MY sebanyak dua kali iaitu organisasi e-sukan Todak bagi mengukuhkan lagi posisi mereka sebagai peneraju platform tambah nilai di negara ini.

Dengan lebih satu juta pengikut di pelbagai platform, pasukan Todak MLBB akan mempromosikan Codashop menerusi siaran langsung Facebook, hantaran Instagram, video Youtube dan saluran TikTok.

Ini adalah kolaborasi pertama Codashop Malaysia bersama pasukan e-sukan tempatan dan banyak lagi kandungan eksklusif dan temubual akan diadakan serta kempen di media sosial.

Todak juga akan menjadi sebahagian dari Siri Global Codashop (CGS), satu acara bulanan yang membolehkan mereka berinteraksi bersama penonton dan pasukan lain mengambil bahagian dalam siri itu.

“Kolaborasi bersama Todak ini adalah satu peristiwa penting untuk Codashop sementara kami dapat bekerjasama dengan lebih dekat dengan pasukan e-sukan tempatan. Kami gembira untuk Codashop dan Todak dapat ke tahap lebih tinggi,” kata Pengurus Pemasaran Kanan Coda Payments bagi Singapura dan Malaysia, Ashley Chong.

“Ini akan menjadi satu kolaborasi yang baik antara Todak dan Codashop. Ianya akan membuka banyak peluang kepada kedua-dua pihak untuk menjalankan pelbagai bentuk kolaborasi,” kata Setiausaha Agung Todak, Radzi “Ikuto” Rahman.

RELATED NEWS

+