Sambut Tahun Baru Cina dengan MLBB dan Codashop

Mobile Legends Bang Bang dan Codashop membuat satu tawaran dan ganjaran menarik sempena Tahun Baru Cina ini.

MLBB mengadakan kerjasama dan memberi anda semua tawaran dan hadiah untuk tambah nilai.

Terdapat juga acara penstriman langsung yang menarik dari bakal penghibur yang ada.

“Di Codashop, kami bertekad untuk menambah baik landskap permainan video ke aras yang lebih tinggi dengan membolehkan para gamer membuat bayaran dan bermain dengan selancarnya.

“Sempena Tahun Baharu Cina ini dan berlatarkan kelonggaran dalam peraturan kawalan pergerakan, kami ingin membawa lebih banyak ‘ong’ buat para Codashoppers. Kami ingin memaksimumkan keterujaan anda bersama rakan kongsi kami, MLBB. Codashoppers dapat menikmati ganjaran, acara penstriman langsung serta pelbagai tawaran tambah nilai yang menarik.

“Bagi pihak Codashop, kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua,” ungkap Narishvin Sukumaran, Pengurus Wilayah – Malaysia, Singapura, Thailand & Myanmar.

Siaran langsung menarik ini juga akan berlaku sepanjang Februari dengan penstrim popular MLBB iaitu Soloz, Daddy Hood, Makdi, Gemini X, Nessarose, Ombong dan lain-lain.

Terdapat banyak juga promosi lain untuk penyertaan anda.

Promosi terakhir juga akan memasukkan anda dalam senarai 300,000 Diamonds untuk diperoleh bersama-sama dengan skin istimewa.

Bagi pemain baharu mahupun veteran, ganjaran Berlian ini boleh membantu andamengakses pelbagai keistimewaan di arena pertarungan Mobile Legends.
Ikuti saluran sosial Codashop untuk mendapatkan perkembangan terkini.

RELATED NEWS

+