[RASMI] Amoux adalah coach baharu pasukan MLBB wanita, Kotex Elimin8tors

Kotex pada hari ini mengumumkan pasukan MLBB mereka, Kotex Elimin8tors yang terdiri daripada Fafau, Ecstatic, Rina, Intan, Beyye, Pika dan dilatih oleh jurulatih profesional iaitu Amoux. Pelancaran itu diadakan di Spacerubix, Puchong.

Pasukan ini akan menerima sokongan penuh untuk bersedia menghadapi liga profesional Mobile Legends (MPL MY) musim seterusnya.

Kotex akan turut menyumbang dana RM100,000 daripada Dana Kotex She Can bagi membangunkan satu ekosistem komprehensif yang direka bagi mengasah kemahiran dan pengetahuan permainan pasukan. Antaranya:

  • Latihan intensif enam hingga 8 jam sehari
  • Asrama serba lengkap
  • Elaunan bulanan
  • Jurulatih profesional MPL Malaysia

Amoux dipilih kerana rekod prestasi hebat di MPL Malaysia. Dia pernah membantu Geek Fam menjuarai MPL MY/SG musim ketiga pada 2019 dan baru-baru ini melatih Team Haq mendapat tempat kelima/keenam di MPL MY musim ke-12.

Turut hadir ke majlis pelancaran adalah Menteri Belia & Sukan, Puan YB Hannah Yeoh.

RELATED NEWS

+