Razer Barracuda X sebuah fon kepala nirwayar sesuai untuk pelbagai platform

Jika anda memerlukan fon kepala yang mudah untuk digunakan di mana sahaja, di rumah atau di luar, dan boleh digunakan di pelbagai platform sama ada di konsol, PC atau telefon pintar Android dan Nintendo Switch, Razer kini melancarkan Razer Barracuda X sebuah fon kepala serba-boleh. 

Barracuda X juga menawarkan ciri-ciri ‘ultra-low latency’ yang digandingkan dengan rekaan yang ringan, bergaya dan ergonomik untuk memberi keselesaan pengguna. Selain itu, ia dilengkapi dengan mikrofon Razer HyperClear Cardioid Mic yang boleh ditanggalkan dan menepati piawaian Discord.

Fon kepala ini dilengkapkan dengan pelbagai aksesori yang diperlukan bagi memberikan pengalaman yang mudah dan menyenangkan. Ia akan dibekalkan pelbagai sambungan seperti sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm, selain kabel pengecasan USB-A ke USB-C untuk mengecas bateri selepas 20 jam penggunaan. 

Razer Barracuda X menjanjikan prestasi audio yang sangat baik dengan memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan. Manakala mikrofon yang menawarkan pengasingan suara bagi menghapuskan bunyi ambien dan sensitiviti dipertingkatkan untuk tindak balas frekuensi rendah.

Razer Barracuda X akan dijual di Malaysia pada harga RM459.

RELATED NEWS

+