Razer Lancar Ibu Pejabat Rasmi Pertama Di Malaysia – Fokus Kepada E-Sukan, Fintech & Pembangunan Belia

Razer meluaskan empayar gajet gaming dari Amerika Syarikat ke Malaysia. 

Pada hari ini, CEO Razer, Min-Liang Tan baru sahaja melancarkan ibu pejabat secara rasmi berpengkalan di Malaysia. Perasmian ini turut disaksikan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dan ketua pelaburan UOA Group, Dickson Kong.

Ibu pejabat Razer kini menempatkan 280 pekerja di UOA Corporate Towers, Kampung Kerinchi (dulu dikenali sebagai Bangsar South). Menurut Min-Liang, pengkalan baru Razer menumpukan kepada tiga fokus iaitu inovasi fintech (teknologi kewangan), pembangunan e-sukan dan melatih tenaga bakat usahawan teknologi baru melalui kerjasama universiti dan kerajaan tempatan.

CEO Razer, Min-Liang Tan berucap di majlis perasmian ibu pejabat Razer rasmi di Malaysia

Selaku jenama gajet yang sinonim dalam pasaran e-sukan, Razer menjadi penaja utama e-sukan untuk Sukan Asia 2019 bakal diadakan di Filipina di mana buat julung kali e-sukan dimasukkan dalam 6 acara pingat rasmi.

Ne doivent donc pas garder au réfrigérateur, il est recommandé de stocker www.grandepharmacie24.com dans un endroit autre qu’une salle de bain, Kamagra fournit le flux sanguin vers le pénis, dans ce groupe, il y avait des hommes. Chaque comprimé de ce médicament contient 20 mg de Viagra ou le composant actif – Tadalafil.

Min-Liang bukan nama asing lagi sebagai penyokong kuat e-sukan dan komited untuk bawa kepakaran e-sukan setelah berkecimpung dalam pasaran sukan kompetitif selama 10 tahun dalam tiga aspek iaitu:

  • Memeterai kerjasama bersama nama-nama besar industri e-sukan dan jadi penaja acara gaming
  • Menyatupadukan komuniti pemain di Malaysia 
  • Menyokong usaha pasukan Malaysia untuk e-sukan di Sukan Asia 2019

Dalam majlis perasmian, YB Syed Saddiq menyatakan pasaran e-sukan di Malaysia popular dalam kalangan belia sehingga negara ditempatkan di kedudukan ke-21 dari segi pembangunan dan pendapatan e-sukan. Beliau merasakan pasaran e-sukan akan terus berkembang dengan kemasukan teknologi baru seperti Virtual Reality (VR) dan Artificial Intelligence (AI).  

“Terima kasih kerana mengambil sekitar 300 pekerja dari Malaysia dan minta untuk teruskan lagi membawa masuk belia Malaysia ke dalam Razer juga. Saya yakin dengan usaha yang dimulakan di Malaysia ini akan berkembang di seluruh ASEAN dan saya berharap hasil kerjasama Malaysia dan Razer boleh menggerakkan Malaysia sebagai hab e-sukan pada masa hadapan,” ucap YB.

YB Lim Guan Eng yakin e-sukan dan fintech boleh menyumbang kepada sektor ekonomi seiring dengan arus pemodenan dunia. “Saya rasa e-sukan boleh dijadikan sebagai platform di mana kita mempunyai kelebihan pertama untuk mengadakan convergence dan terutamanya membentuk pemikiran kreatif dalam ekonomi negara,” kata Menteri Kewangan.

Dari kiri: CEO Razer, Min-Liang Tan, YB Lim Guan Eng dan YB Syed Saddiq

Dari segi fintech, Min-Liang turut berkongsi Malaysia memegang potensi besar untuk meluaskan penggunaan e-wallet iaitu pembayaran digital melalui aplikasi Razer Pay setelah berjaya menarik perhatian 500,000 pengguna selaku negara pertama yang menerima Razer Pay pada tahun lepas. Sejak dari itu, Razer telah mengembangkan ciri-ciri aplikasi seperti penawaran kupon, pembayaran digital di tempat letak kereta dan di kedai-kedai terpilih di Kampung Kerinchi.

Selain itu, bos Razer bukan sahaja tertumpu untuk membangunkan atlet e-sukan memenangi pingat untuk negara. Beliau mahu memperkembangkan bakat-bakat pengulas e-sukan, streamer, YouTuber, usahawan muda dan ramai lagi.

Menjawab kepada suntikan RM10 juta yang Min-Liang lakukan setelah kagum dengan initiatif kerajaan Malaysia memperuntukkan bajet RM10 juta untuk e-sukan, beliau menjawab terdapat beberapa projek besar Razer dan Malaysia yang mungkin jadi realiti kelak jika e-sukan mendapat pertumbuhan mantap. Namun, beliau enggan untuk menjelaskan apakah intipati projek berkenaan.

Rasa-rasanya apalah projek besar yang diacah oleh Razer ini? Sama-samalah kita nantikan.

TAGS

RELATED NEWS

+