Razer kini menjadi penaja NIP, produk baru bakal dikeluarkan

Pasukan Razer sudah menandatangani kerjasama bersama pasukan Ninjas in Pyjamas (NIP). NIP adalah sebuah organisasi yang berasal dari Sweden pada tahun 2000.

Bermula dari bawah, mereka kini menjadi salah sebuah organisasi tersohor di dalam arena e-sukan dan merupakan salah satu kuasa terbesar di dalam komuniti permainan FPS (First person shooter).

Kehadiran mereka di dalam permainan Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) dan Rainbow Six: Siege (R6) berjaya mendapatkan banyak piala. Antara pencapaian mereka adalah juara dunia di dalam pertandingan Six Invitational 2021 pada Mei, mengalahkan beberapa pasukan yang kuat dari Rainbow Six.

Pada April yang lalu, NIP memberikan kejutan kepada semua dengan membawa masuk seorang pemain terhebat dunia dan yang paling konsisten di dalam permainan itu iaitu Nicolai “dev1ce” Reedtz dari skuad Astralis. Bersama-sama dengan ahli pasukan yang lama REZ dan Plopski, pasukan itu mendapat tempat kedua di dalam Flashpoint musim ketiga.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama bersama NIP, ia mewakili dua organisasi terbesar e-sukan,” ujar Yann Salsedo, Ketus E-sukan Razer. “Razer adalah penaja e-sukan yang asli sebelum permainan kompetitif dipanggil ‘e-sukan’,”

“NIP adalah salah sebuah organisasi terbesar dan mempunyai banyak sejarah kejayaan di dalam arena e-sukan. Bersama-sama kami akan menaik taraf e-sukan dan memberikan kandungan serta produk yang lebih banyak kepada peminat,” tambah beliau.

Selepas menjadi salah satu bahagian di dalam pasukan Razer, pemain NIP akan mendapat gaming gear yang terbaik dari Razer. Ia termasuk kelengkapan seperti tetikus, fon kepala dan papan kekunci.

Razer juga akan berkerjasama secara lebih dekat dengan pemain NIP sewaktu penyelidikan dan pembangunan fasa baru produk e-sukan. Melalui maklum balas dan ujian lapangan, Razer akan memperbaiki dan membangunkan produk peripherals yang lebih hebat bagi memberikan prestasi gaming yang lebih tinggi.

RELATED NEWS

+