Razer melancarkan tetikus gaming baharu – Razer Basilisk V3, berharga RM290

Razer hari ini melancarkan sebuah tetikus gaming terbaru mereka yang memfokuskan kebolehsuaian terbaik untuk gamer.

Razer Basilisk V3 ialah tetikus gaming berwayar yang dilengkapi dengan 10+1 butang yang boleh disesuaikan, roda skrol pintar untuk mengubah mod dan Razer Chroma RGB. 

Sejak dilancarkan pada 2017, siri Basilisk ini cukup terkenal untuk gamer yang ingin memfokuskan prestasi permainan terbaik dan ciri-ciri yang boleh disesuaikan mengikut citarasa tersendiri. 

Razer Basilisk V3 ini dilengkapi dengan 11 butang yang boleh disesuaikan, iaitu 10 butang mudah akses dan 1 butang suis profail di bahagian bawah tetikus.

Butang-butang ini adalah untuk memberi akses mudah buat pengguna menyesuaikan mengikut citarasa mereka sendiri. Bahkan, pengguna juga boleh menyimpan tetapan mereka sebagai profil pengguna yang boleh disimpan sehingga lima profail di dalam memori tersedia.

Pengguna boleh mengubah profiil ini di antara program tanpa sebarang masalah. 

Selain itu, ia juga dilengkapi ciri terbaru, iaitu Razer Hyperscroll Tilt Wheel untuk pengalaman skrol yang lebih baik. Pengguna juga boleh mengubah mod skrol secara automatik atau menukar di antara tiga mod skrol unik iaitu Tactile Scrolling, Smart-Reel dan Free Spin Scrolling.

Ia juga mempunyai ciri Virtual Acceleration yang membolehkan pengguna untuk skrol sesuatu laman atau dokumen yang panjang dengan lebih pantas. Ciri ini boleh diaktifkan melalui perisian Raze Synapse.

Tidak Razer kalau tiada Razer Chroma RGB. Basilisk V3 ini dilengkapi dengan 11 zon pencahayaan di seluruh tubuh tetikus dengan lebih 16.8 juta warna dan pelbagai efek cahaya RGB. Warna-warna ini boleh diselarikan dengan suasana yang berlaku di dalam permainan.

Selain itu, ia juga dilengkapi sensor Razer Focused+ 26k DPI sensor optikal dengan ketepatan resolusi hingga 99.6%, sensitiviti pilihan daripada 400 hingga 6400, rekaan ergonomik dengan grip getah. Ia juga terdapat kabel sepanjang 1.8 m dan seberat iaitu 101g.

Razer Basilisk V3 ini dijualkan dengan harga US$69.99 (±RM290). Kini boleh didapati di kedai atas talian Razer.com dan kedai-kedai terpilih di seluruh dunia bermula semalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Razer Basilisk V3, sila layari SINI

RELATED NEWS

+