Rekt tidak dapat meneruskan impian ke Sukan SEA, ini alasannya

Setiap pemain e-sukan pasti mengimpikan untuk mewakili negara bagi acara sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 di Vietnam, Mei nanti.

Kapten EVOS Legends iaitu Rekt menyatakan dia tidak dapat mengikuti sesi latihan di pelatnas (Pemusatan Latihan Nasional) khusus untuk permainan peranti mudah alih MLBB.

Pengumuman itu dibuat di dalam satu perkongsian penstriman langsungnya di aplikasi penstriman Nimo TV.

Rekt mengambil keputusan untuk undur diri bukan kerana faktor dia tidak lolos, Covid dan sebagainya. Keputusan itu diambil di atas faktor tangannya yang sedang sakit.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+