Magnus Games Studio berasal dari Malaysia dan diterbitkan oleh Digital Bros."> Magnus Games Studio berasal dari Malaysia dan diterbitkan oleh Digital Bros." /> Magnus Games Studio berasal dari Malaysia dan diterbitkan oleh Digital Bros." />

Re:Legend – Game RPG Buatan Malaysia Buka Early Access Di Steam Pada 30 Ogos

Re:Legend adalah sebuah game simulasi role-playing game (RPG) dibangunkan oleh Magnus Games Studio berasal dari Malaysia dan diterbitkan oleh Digital Bros.

Setelah sekian lama berada dalam pembangunan sejak 2017, akhirnya studio tempatan ini mengumumkan pembukaan Early Access di Steam pada 30 Ogos 2019. Ini bermakna semua pemain selain penyokong Kickstarter boleh bermain Re:Legend bermula pada bulan hadapan!

Pengumuman ini turut hadir dengan trailer terbaru untuk Early Access. Saksikan trailer baru di bawah:

Meskipun game ini telah lama dalam fasa Alpha yang boleh dimainkan oleh penyokong Kickstarter sahaja, pembangun menjelaskan Early Access ini memberi kesempatan untuk pemain sama-sama memberi maklumbalas bagi meningkatkan kualiti kandungan yang terdapat dalam game ini. “Kami mahu mencipta game menjinak raksasa dan bercucuk tanam yang terbaik untuk anda,” kata studio dalam pos Kickstarter terbaru.

Dalam Re:Legend, pemain boleh bercucuk tanam, memancing, bertukang senjata dan memburu serta menjaga raksasa magik dipanggil sebagai Magnus. Selain itu, korang juga boleh mengembara di dunia luas Ethia bersama rakan-rakan korang dan mempertahankan Ethia bersama-sama dalam mod multiplayer.

Menurut laman Steam rasmi Re:Legend, Early Access akan dijalankan selama 9 sehingga 12 bulan bagi menguji keseluruhan kepelbagaian cara permainan di dunia luas Ethia sebelum dilancarkan secara rasmi. 

Kepada mereka yang berminat untuk jadi Magnus Tamer, korang boleh hantar maklumbalas di saluran Discord. Untuk segalanya Re:Legend, korang boleh ikuti laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Setakat ini, Re:Legend masih lagi belum mempunyai tarikh rasmi dan akan dikeluarkan di Steam (PC), PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+