Gamescom 2021."> Gamescom 2021." /> Gamescom 2021." />

Re:Legend, RPG buatan Malaysia antara yang akan didedahkan di Gamescom 2021

Simulasi kerjasama RPG buatan Malaysia, Re:Legend akan memperlihatkan mod empat pemain mereka sebagai sebahagian daripada pertunjukan 505 Games semasa Gamescom 2021.

505 Games juga dijangka akan memperlihatkan informasi baru mengenai permainan video GT World Challenge iaitu Assetto Corsa: Competizione serta permainan membina dunia sandbox Grow: Song of the Evertree dan aksi 3D rogue-lite, Rogue Spirit.

Re:Legend sudah berada di Early Access sejak Ogos 2019 dan menurut satu kemaskini rasmi oleh pembangun iaitu Magnus Games Studio. Buat masa ini, Re:Legend hanya terhad untuk dua pemain sahaja. Naik taraf kepada fungsi empat pemain terjadi terima kasih atas bantuan 505 Games.

Kemaskini yang kerap sejak lebih setahun ini sudah mempersiapkan para peminat untuk pelancaran penuh permainan ini dan akhirnya permainan ini mencapai versi 1.0.

Dalam pembangunan lain, 505 Games baru-baru ini mengumumkan versi permainan mudah alih bagi Assetto Corsa, permainan simulasi memandu. Para peminat boleh menonton showcase Assetto Corsa pada 27 Ogos nanti.

Selain itu, mereka juga akan memperlihatkan Grow: Song of the Evertree, oleh Prideful Sloth, yang kini boleh diletakkan di dalam wishlist di Steam. 

505 Games juga akan memperlihatkan permainan rogue-lite yang diinspirasikan daripada Studio Ghibli, iaitu Rogue Spirit, yang akan diberi Early Access di Steam bermula 1 September ini. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+