Resident Evil Village dijangka lebih panjang daripada Resident Evil 7 dan RE 2 Remake

Mengikut ura-ura baru, Resident Evil Village akan menjadi permainan video RE Engine yang paling lama untuk dihabiskan, lebih lama dari RE 7 dan RE 2 Remake.

Info ini hadir dari tipster atau pendedah maklumat RE yang dipercayai iaitu @AestheticGamer1 di Twitter yang banyak menerima maklumat dari Capcom. Jika ini benar, maka akan bermula trend baru untuk Resident Evil 4 remake yang dihebohkan sebelum ini.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman permainan perseorangan (single-player), ini adalah berita baik!

Ini kerana sebelum ini, Resident Evil 3 Remake menerima kritikan akibat jangka masa permainannya yang singkat. 

Selain itu, Resident Evil Village akan menerima mod multi-pemain Resistance.

Ia akan dilancarkan pada tahun depan di PlayStation 5, Xbox Series X dan PC.

Sumber: Comicbook

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+