Kajian menunjukkan Ubisoft kini menjadi syarikat permainan video paling tidak disukai dalam dunia

Rave Review baru-baru ini sudah membuat kajian untuk jenama permainan video paling tidak disukai di dalam dunia.

Mereka menggunakan analisis berdasarkan jutaan tweet.

“Kami mengambil kira kadar peratusan tweet negatif mengenai satu jenama dan meletakkan kategori mengikut lokasi di setiap negara,”

Mengikut carta di atas bagi Asia Tenggara, Ubisoft menjadi jenama yang tidak disukai ramai.

Sony menjadi jenama tidak disukai oleh 10 negara termasuk Kanada, Chile, Austria, Greece dan Romania.

Capcom pula tidak disukai di sembilan negara.

Ubisoft mendahului dengan 23 negara tidak menyukai mereka.

Di Jepun pula, Game Freak yang membuat Pokemon menjadi jenama permainan video yang tidak disukai dan Kanada juga tidak menyukai Game Freak.

Rujukan: Rave Review

RELATED NEWS

+