Resurgence kini dijenamakan semula – logo baru dan motto baru

Organisasi e-sukan bertapak di Singapura, Resurgence kini mengalami proses penjenamaan semula selepas beberapa tahun berada dalam industri e-sukan.

Dalam satu posting ringkas di Facebook, Resurgence memuat naik video yang menceritakan kejayaan skuad-skuad bernaung di bawah organisasi ini. Selain itu, logo dan motto baru juga turut dinyatakan.

Mereka juga hadir dengan motto baharu, “Respect All. Fear None.” yang bermaksud mereka ingin menjadi pasukan disegani di rantau ini dan pada masa yang sama tidak takut akan sebarang cabaran mendatang.

Setakat ini, RSG mempunyai skuad PUBG Mobile, COD Mobile dan E1 Drivers di Malaysia.

Mereka juga kelihatan hadir dengan jersi baharu untuk pemain e-sukan mereka.

Foto: Resurgence

RELATED NEWS

+