Perlawanan akhir PUBG Mobile Lotus eLEGASI diadakan di Lotus Desa Tebrau, Johor

Lotus eLEGASI, kejohanan e-sukan dikuasakan oleh ROG kini memulakan final mereka pada hari ini dan esok di Lotus Desa Tebrau, Johor dengan rakan kerjasama mereka, DASHING.

Ini adalah kolaborasi pertama bagi syarikat pusat membeli belah di Malaysia bersama ROG di mana perlawanan PUBG Mobile diadakan di beberapa pusat membeli belah. 

Pada peringkat awal, ia dimulakan di Lotus Selayang pada 25 dan 26 Februari diikuti Lotus Tanjung Pinang, Pulau Pinang pada 11 dan 12 mac. Sebanyak 2,000 pengunjung dan 200,000 penonton dalam talian menonton acara itu.

“Sambutan diterima dari kedua kejohanan lalu membuatkan kami teruja membawakan peminat PUBGM ke Lotus Desa Tebrau. Kami teruja dapat menjadi sebahagian dari kehidupan gamers di negara ini dan menyaksikan e-sukan dijadikan sebagai karier mereka,” kata Ketua Operasi Pusat Beli Belah Lotus Malaysia, Noreen Effendi.

Bagi info lanjut, anda boleh melayari laman web ini dan ikuti mereka di Facebook Lotus Malaysia untuk info menarik lain.

RELATED NEWS

+