Jadual PMSL SEA Spring 2023 dengan format dan nama-nama baru!

Liga Super PUBG Mobile (PMSL) peringkat Asia Tenggara akan berlangsung bermula 22 Mac hingga 16 April ini.

Jumlah wang hadiah terkumpul pula adalah sebanyak RM1.12 juta dan bakal direbut oleh 20 pasukan dari rantau Asia Tenggara.

Kuala Lumpur bakal menjadi tempat mereka bersaing di Peringkat Kumpulan selama tiga minggu pada setiap Rabu hingga Ahad.

16 pasukan teratas pula akan layak ke Peringkat Akhir dan bertanding selama tiga hari pada 14-16 April ini.

Format baharu

Pada minggu pertama, 20 pasukan akan dibahagikan secara rawak kepada lima kumpulan: A, B, C, D, dan E.

Empat kumpulan akan bertanding dalam setiap pusingan.

Minggu ke-2 pula, 20 pasukan itu akan dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan kedudukan mereka di Minggu 1.

Minggu 3 akan menggunakan pembahagian yang sama berdasarkan minggu  ke-2.

Kumpulan

Kedudukan

A

1, 10, 11, 20

B

2, 9, 12, 19

C

3, 8, 13, 18

D

4, 7, 14, 17

E

5, 6, 15, 16

Pasukan akan diberikan mata bonus berdasarkan kedudukan mingguan mereka.

16 pasukan terbaik akan ke Peringkat Akhir.

Hanya 50% jumlah mata bonus dari tiga minggu akan menjadi mata permulaan pada Peringkat Akhir.

Format perlawanan juga akan sama iaitu lima hari perlawanan seminggu dan enam pusingan sehari dan berjumlah sebanyak 30 pusingan setiap minggu.

Setiap pasukan akan bertanding dalam 24 pusingan setiap minggu.

Antara 20 pasukan, AE, BAC, BOOM, BOX, BTR, DX, FaZe, GEEK, PBE, PJEV, RRQ, SEM9, TS, VPE dan YALL adalah pasukan perkongsian untuk 2023 PMSL SEA Spring.

Kumpulan Minggu Pertama

PMSL SEA Spring 2023 akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Malaysia di saluran rasmi PUBG MOBILE Esports Malaysia di Facebook, YouTube dan TikTok.

Jangan lupa saksikan semuanya bermula 22 Mac ini!

RELATED NEWS

+