Riot Games dan Coca-Cola persembahkan e-sukan Wild Rift kepada dunia

Riot Games dan Coca-Cola mengumumkan kolaborasi untuk beberapa tahun bagi e-sukan Wild Rift serata dunia.

Ini bukan pertama kali Coca-Cola bekerjasama dengan Riot.

Mereka pernah menjadi penaja terbesar untuk League of Legends Worlds Championship pada tahun 2014-2016.

“Cola-Cola kini membantu pelancaran e-sukan terbesar di dalam dunia untuk e-sukan League opf Legends, jadi saya juga sangat sukacita dengan masa depan e-sukan Wild Rift,” ujar Leo Faria, Ketua E-sukan Wild Rift Sedunia.

Kolaborasi ini akan berada di hampir 100 negara termasuk lapan kawasan liga yang sudah menjadi permulaan untuk e-sukan Wild Rift.

Coca-Cola dan Riot Games mahu memberi fokus dan terlibat dalam komuniti dan semua peminat Wild Rift.

RELATED NEWS

+