RippedJean dan P3rlisTeamJr, wakil Malaysia dalam acara FIFA Online 4 di Sukan Asia 2022!

Menerusi sebuah hantaran Instagram Orange Esports, pemain profesional FIFA Online 4, Wan Hakimm Wan Narizan atau lebih dikenali sebagai P3rlisTeamJr, bakal mewakili negara dalam acara FIFA Online 4.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Orange Esports (@orangeesportsteams)

Turut sama mewakili negara, Gan Mun Kiat atau lebih dikenali sebagai RippedJean akan bersama-sama P3rlisTeamJr bersaing di kejohanan Sukan Asia 2022.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Flash (@teamflash.gg)

Mereka berdua berjaya memenangi pusingan kelayakan untuk Sukan Asia 2022, sekaligus bakal menjadi wakil negara untuk kejohanan itu nanti.

Pencapaian mereka berdua sememangnya tidak boleh dinafikan lagi selepas berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia semasa di sukan SEA Hanoi tempoh hari.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Darren dan P3rlisTeamJr!

Foto: Instagram P3rlisTeamJr

RELATED NEWS

+