“Kami dah bersedia 100 peratus,” – Luqman Haziq

Atlet e-sukan yang bertanding di Sukan SEA 2021 Fifa Online 4, Muhammad Luqman Haziq Hajiman, 25, menyatakan bahawa dia dan rakan sepasukanya sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi kejohanan FIFA Online 4 sukan SEA 2021.

“Saya dan rakan sepasukan saya dah bersedia 100 peratus untuk menghadapi kejohanan ini. Kami dah melakukan latihan bootcamp selama seminggu sebelum kami berlepas ke Hanoi, Vietnam.

“Sekarang ini bila kami dah sampai di Hanoi, saya dapat rasa bahawa kami akan bermain dengan lebih baik kerana mempunyai mereka rangkaian pelayan mereka sendiri.

“Hari ini akan berlakunya sesi drafting di mana kami para pemain akan memilih pemain yang kami akan gunakan di dalam FIFA Online 4 semasa kejohanan itu nanti. Ia juga adalah proses yang penting bagi kami,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Luqman juga mengatakan bahawa mereka disambut mesra oleh pihak penganjur semasa mereka tiba di Hanoi, Vietnam.

“Sebaik sahaja kami sampai di Hanoi, kami disambut dengan baik oleh pihak penganjur. Pihak Garena juga sangat bagus dalam melayan kami dan setakat ini saya dan rakan sepasukan sangat selesa berada di sana,” katanya.

Atlet e-sukan FIFA Online 4 akan bertanding pada hari Sabtu ini. Marilah kita semua doakan buat atlet e-sukan kita agar mereka dapat memberikan yang terbaik di kejohanan sukan SEA 2021.

RELATED NEWS

+