Steam, Epic Games Store) dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan pada 24 September ini pada tanda harga AS$24.99 (RM105)."> Steam, Epic Games Store) dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan pada 24 September ini pada tanda harga AS$24.99 (RM105)." /> Steam, Epic Games Store) dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan pada 24 September ini pada tanda harga AS$24.99 (RM105)." />

RollerCoaster Tycoon 3 kembali dalam versi lengkap untuk PC dan Nintendo Switch

Frontier Foundry telah mengumumkan RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition untuk PC (Steam, Epic Games Store) dan Nintendo Switch. Ia akan dilancarkan pada 24 September ini pada tanda harga AS$24.99 (RM105).

Ini merupakan kali pertama RollerCoaster Tycoon 3 dilancarkan semula dan boleh dibeli melalui platform rasmi seperti Steam.

Perselisihan antara Frontier dan Atari (penerbit versi asal) menyebabkan permainan tersebut dikeluarkan dari katalog Steam pada tahun 2018.

Dalam versi Complete Edition ini, permainan ini boleh dimain pada resolusi 1080p dan lebih serasi dengan komponen PC terkini. Ia juga mengandungi tambahan “Soaked!”  dan “Wild!”

Malangnya, ini bukanlah sebuah remaster ataupun remake kerana ia tetap menggunakan penampilan visual yang sama seperti versi asal. Walaubagaimanapun, permainan ini tetap diminati kerana aspek pembinaan roller coaster yang menyeronokkan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+