Roster Alter Ego mungkin dirombak menurut Udil

Alter Ego gagal mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3 selepas tewas di tangan pasukan EVOS Legends dengan skor 2-3.

Menjelang musim yang seterusnya, Udil memberikan kenyataan kepada ONE Esports bahawa “Ada kemungkinan beberapa pemain Alter Ego akan berpisah,”

“Perkara itu cukup sedih jika ianya berlaku” ujar beliau. Berdasarkan kenyataan itu, mungkin pasukan Alter Ego akan merombak barisan pemain mereka.

Kebiasaannya di dalam sesebuah pasukan itu, jika hasil yang dimahukan tidak dapat direalisasikan, perubahan harus dibuat. Mereka gagal memegang piala MPL sepanjang 8 musim ia berlangsung.

Pencapaian terakhir mereka adalah menjadi juara untuk Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) tahun lalu. Menewaskan pasukan Bren Esports di peringkat Grand Final.

Mereka akan menentang Orange Esports di perlawanan pertama MPLI 2021 pada jam 1pm nanti. Jangan lupa untuk saksikan dan berikan sokongan kepada pasukan negara kita.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+