RRQ Ryu muncul juara peringkat Liga PMPL ID musim keempat, BTR di tempat ke-12

Pasukan RRQ Ryu sangat konsisten di dalam PMPL ID musim keempat ini, mereka berjaya mengumpul mata yang banyak sewaktu super weekend pertama dengan 155 mata, 133 mata pada minggu kedua dan 104 pada minggu akhir.

Ini menjadikan jumlah kesuluruhan mata yang dipungut adalah 392 mata.

Mereka hampir dikejar oleh pasukan Aura Esports yang memiliki mata kesuluruhan sebanyak 390 yang sangat cemerlang di super weekend akhir, mengumpul 174 mata sekaligus menjadikan mereka naib juara peringkat liga.

Manakala, pasukan BTR gagal untuk ke super weekend minggu kedua menyebabkan mereka berada jauh di belakang dengan 258 mata.

Selain itu, empat pasukan yang gagal layak ke peringkat country finals adalah Eagle 365, Onic Esports, Supply Bang dan Maruszama Echo. 

Mampukah pasukan BTR bangkit kembali di dalam peringkat country finals nanti? Mata PMGC kini menyamai pasukan Genesis Dogma dan Aura Esports yang mempunyai 842 mata. Jika mereka gagal menunjukkan prestasi yang baik pada peringkat country finals, maka impian ke PMGC akan menjadi terkubur begitu sahaja.

RELATED NEWS

+