Dapatkan kostum Nasi Lemak dan machete Roti John dalam PUBG Mobile

Sempena sambutan bulan Ramadan, PUBG Mobile kini melancarkan set kostum baharu dan machete yang diinspirasikan dari makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Ia sudah tersedia sejak semalam dan pemain boleh menebus kostum Nasi Lemak termasuk topi, cermin mata dan pisau Machete Roti John di Redeem Shop menggunakan Ocean Crystals.

Set Nasi Lemak ini termasuk:

  • Sut Nasi Lemak terdiri daripada Jaket Daun Pisang, Baju Buah Kelapa, Rantai Ikan Bilis dan Gelang Kacang Goreng.
  • Topi Nasi Lemak bermotifkan Telur Goreng dan Sambal serta Ayam Goreng Berempah di atasnya.
  • Cermin Mata Nasi Lemak dengan lensa yang diperbuat dari hirisan timun untuk menampakkan karakter anda lebih cool.

Pisau MacheteRoti John ini direka untuk menggambarkan sandwic telur dengan motif seperti bawang, kobis, telur dan lain-lain. Nampak macam Roti John yang betul.

Jangan lupa untuk menyertai acara edisi terhad Ramadan ini dan tebus dari 23 Mac hingga 29Mac.

RELATED NEWS

+