Sambutan Selangor XTIV 2023 Robotic Esports Skill meriah dengan lebih 1,000 penyertaan

Hari ini bermula Selangor XTIV 2023 Robotic Esports Skills yang bertempat di Tapak Parkir Econsave Sungai Buloh, Selangor. Lebih 1,000 penyertaan merentasi beberapa kategori dipertandingkan antaranya MLBB, PUBG Mobile, Robotics dan Tamiya.

Majlis ini dirasmikan oleh Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Pembangunan Insan, YB Mohd Khairuddin Othman yang juga ADUN Paya Jaras.

Turut hadir di majlis perasmian adalah Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau.

Menurut YB Mohd Khairuddin, program ini dapat mengembangkan lagi bakat anak muda dalam e-sukan agar boleh dipupuk ke peringkat lebih tinggi dan menggalakkan penyertaan dalam Robotics di mana bakat pelajar sekolah dapat dicungkil dengan lebih baik lagi.

Pada hari pertama, kejohanan PUBG Mobile dipertandingkan bagi menentukan 16 pasukan teratas yang akan lawan di grand final esok. 64 pasukan berlawan secara total sebanyak 3 peta yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Mobile Legends pula akan menyaksikan grand final esok yang diwakili oleh Monster Vicious dan MV Origins. Kedua-dua pasukan ini menunjukkan dominasi sepanjang hari ini dan mereka akan bertembung esok dalam perlawanan Best of 5.

Dua sharing session diadakan hari ini dengan tetamu jemputan, Radzi Rahman (Ikuto), Haikal Ismail (HISE), Andrew Cheong (Sir Cloud) dan Hazril Md Nor dari MyGameOn.

Selangor Xtiv 2023 merupakan program tahunan anjuran Exco Generasi Muda, Sukan, & Modal Insan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor bagi memberi peluang kepada para belia tempatan mengasah bakat dan juga merupakan satu platform bagi para peserta menguji skillset bagi mereka.

Berserta dengan pertandingan Robotic, hadiah terkumpul keseluruhan adalah RM24,000 bagi seluruh program.

RELATED NEWS

+