RSG bolot dua kemenangan di Zush Esport Cup 2021, bawa pulang RM3,000

Dalam satu kejohanan dianjurkan GamesMY Esports, RSG Malaysia membolot dua kemenangan iaitu dalam kategori PUBG Mobile dan juga Mobile Legends: Bang Bang.

Kejohanan Zush Esport Cup 2021 itu mengumpulkan pasukan-pasukan hebat dan handal daripada dua kategori ini.

“Tujuan penganjuran untuk meraikan peminat dan penyokong e-sukan tanah air di samping bertujuan untuk menaikkan lagi sukan ini di Malaysia.

“Meskipun Zush hanya sebuah syarikat menjual pakaian sukan custom, tapi mereka juga turut menjadi tumpuan setiap peminat e-sukan malah berjaya menarik pasukan e-sukan terkenal Malaysia untuk berkolaborasi dan membantu menjayakan kejohanan tersebut oleh kerana servis dan kualiti produk mereka yang bertaraf tinggi dan diminati ramai di dalam dunia e-sukan,” kata Azmudeen, wakil daripada GamesMY Esports.

Hadiah terkumpul sebanyak RM8,000 dipertandingkan bagi dua kategori ini dan RSG berjaya bawa pulang keseluruhan (RM3,000) bagi dua kategori serta merchandise rasmi daripada Zush.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing bawa pulang RM1,000 dan RM500 serta merchandise dan medal.

Kata Azmudeen, pada masa akan datang, mereka akan berusaha lagi untuk menganjurkan kejohanan seumpama ini memandangkan ia menerima sambutan baik daripada komuniti. 

Zush yang selama ini terlibat dalam acara sukan seperti bola padang nampaknya menunjukkan minat terhadap e-sukan. Semoga ia diteruskan pada masa-masa akan datang.

RELATED NEWS

+