Tidak mengapa Malaysia..

PMPL SEA Spring 2022 Play-Ins sudah melabuhkan tirainya dengan pasukan dari Thailand berjaya mengungguli kedudukan kelayakan diiringi pasukan dari kategori Wildcard iaitu Taiwan.

Pasukan Hail Esports berjaya menduduki di tempat yang pertama, diikuti dengan pasukan The Infinity di tempat kedua dan Tong Jia Bao (TJB) di tempat ketiga.

Hail Esports berjaya mendominasi kejohanan ini dengan memperoleh 67 mata. Diikuti The Infinity di tempat kedua yang mengumpul mata 57 mata, dan Tong Jia Bao dengan 55 mata.

Sementara itu, wakil Malaysia yang mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan ini iaitu HomeBois, RSG, dan Genexus terpaksa melupakan hasrat mereka untuk bersaing di kejohanan PMPL SEA 2022 Spring nanti.

Genexus berjaya menduduki di tempat yang keenam dengan mengumpul 43 mata. RSG berada di tangga yang kelapan berjaya mengumpul 37 mata dan HomeBois berada di tangga ke 12 dengan 26  mata.

Malaysia dipilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan PMPL SEA 2022 Spring selama tiga hari pada bulan Jun ini.

Sama-sama kita doakan buat pasukan Yoodo Alliance 4 Rivals, Dingoz Esports dan Farang Lejund yang bakal mewakili negara Malaysia di kejohanan itu nanti.

RELATED NEWS

+