melaporkan yang mereka membuat location testing di Jepun pada Januari."> melaporkan yang mereka membuat location testing di Jepun pada Januari." /> melaporkan yang mereka membuat location testing di Jepun pada Januari." />

Sah! House Of The Dead: Scarlet Dawn Akan Hadir Ke Arked Selain Di Jepun

Sebelum ini, SEGA ada mengumumkan House of the Dead: Scarlet Dawn, permainan arked terbaru yang menyambung kisah selepas The House of the Dead 4. Penulis pernah melaporkan yang mereka membuat location testing di Jepun pada Januari.

Tapi hari ini, Sega Amusements mengesahkan yang permainan arked itu akan datang ke rantau lain juga. Pengumuman itu dibuat melalui Twitter.

 

Walaupun tiada tarikh pengumuman atau di mana, ia mungkin akan hadir ke Malaysia (memandangkan kita menyokong penuh mesin arked dari Sega sejak dulu sampai sekarang). 

House of the Dead: Scarlet Dawn mengikuti ejen AMS, Kate Green yang juga rakan seperjuangan James Taylor dari HOTD 4. Kate Green bersama wajah baru, Ryan Taylor (adik James) dihantar ke misi untuk menamatkan wabak zombi atau mungkin menutup Pandora Box? sekali lagi. 

Ia akan berada di arked pada tahun ini.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+