Saksikan bintang bola sepak dan pemain profesional MPL berentap dalam futsal dan MLBB

Jom saksikan kolaborasi antara Mobile Legends bersama ikon bolasepak negara iaitu Safee Sali, penjaga gol hebat, Khairul Fahmi dan bintang meningkat naik, Dominic Tan.

Mereka akan bersama dengan pemain profesional MPL Malaysia iaitu Moon (Todak), Xorn (Team SMG), Izanami (RSG) dan Garyy dari Team haq. Semangat kesukanan sempena Piala Dunia akan ditunjukkan di mana perlawanan futsal akan dimainkan oleh mereka dan juga sesi perlawanan MLBB.

Setiap yang kalah akan dikenakan denda dan yang menang akan pulang dengan trofi. Kemunculan istimewa, Intan Serah dan hos, Aiman Laphel serta pencipta kandungan popular XK Penjahat juga akan memeriahkan acara ini.

Teaser sudah dilancarkan hari ini dan video rasmi pada esok. Terdapat juga video BTS yang akan dihoskan oleh Laphel bakal dilancarkan pada 27 November ini.

Kolaborasi ini juga seiring dengan acara Neymar Jr x Bruno di dalam permainan.

 

RELATED NEWS

+