Bountee Esports tersingkir dari MPL MY S13

Selepas enam minggu bertungkus lumus, menukar jurulatih dan berhempas pulas, akhirnya Bountee Esports terpaksa akur dengan kehilangan slot mereka di MPL MY S13 dan kini turun ke liga semi profesional, Liga Akademi MLBB (MAL MY).

Sementara itu, pasukan Red Riot kini akan mengambil alih slot Bountee Esports di MPL MY musim ke-14.

Bountee Esports tewas 0-2 di tangan RSG MY hari ini yang mana ini adalah perlawanan penting untuk mengekalkan slot liga. Mereka hanya kekal dengan tujuh mata dan tidak cukup untuk mengejar kedudukan mata Barracuda di tempat ke-9 dengan lapan mata.

Pasukan lain masih belum boleh menarik nafas lega kerana di tempat kesembilan akan lawan pasukan ranking kedua di MAL MY iaitu DX Originz untuk mengekalkan slot mereka di MPL MY S14.

Foto: MOONTON Games

 

RELATED NEWS

+