Sambutan ulangtahun ke-20 Fullmetal Alchemist – Permainan video peranti pintar diumumkan dan pelbagai lagi

Square Enix baru-baru ini melancarkan siaran langsung bagi menyambut ulang tahun ke-20 Fullmetal Alchemist. Acara ini sudah diadakan pada 12 Julai lalu.

Siri Fullmetal Alchemist sudah menjadi antara anime dan manga terbaik.

Namun siri ini senyap untuk beberapa tahun selepas habisnya siri manga dan anime.

Kini dengan pengumuman baru dari Square Enix, siri ini bakal kembali dengan permainan video di peranti mudah alih.

Diberi nama Fullmetal Alchemist Mobile, permainan ini  bakal membawa kembali nostalgia adik-beradik Edward dan Alphonse Elric. Saksikan teaser di bawah.

Fullmetal Alchemist Mobile akan dilancarkan untuk iOS dan Android. Setakat ini masih belum ada apa-apa lagi gameplay mahupun cerita untuk versi mobile ini.

 

 

Tidak lupa juga siri manga baharu dari Hiromu Arakawa. Manga ini akan bermula sebagai siri di Shonen Gangan.

Manga ini mungkin akan menjadi spin-off, prekuel atau sekuel untuk Fullmetal Alchemist.

Kita masih belum tahu. Watak utama baru juga ditunjukkan menggunakan busur dan panah dan terdapat seorang watak yang berada di dalam kurungan.

Mungkin watak ini dan watak protagonis projek baru ini akan ada kaitan?

https://sm.ign.com/ign_ap/screenshot/default/1500x500-2_1rne.png

Untuk mendapat maklumat lanjut jangan lupa mengikuti laman Twitter Shonen Gangan dan lawan sesawang sambutan ulang tahun ke-20 Fullmetal Alchemist.

RELATED NEWS

+