Full Metal Alchemist Mobile akan dilancarkan di Jepun tahun depan

Kanak-kanak yang membesar pada hujung tahun 90-an dan awal 2000 pasti mengenali Full Metal Alchemist. Malah, siri anime ini dianggap salah satu anime terpanas pada musim ia ditayangkan, dan pastinya ia mempunyai peminat tegar siri itu. Kini, Full Metal Alchemist bakal melancarkan permainan mudah alihnya tersendiri, iaitu Full Metal Alchemist Mobile.

Square Enix mengumumkan Fullmetal Alchemist Mobile akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada musim panas 2022 di Jepun sebagai permainan percuma dan disertakan pembelian dalam aplikasi. 

Berdasarkan video treler di atas, permainan ini adalah genre Fighting seperti Tekken dan Soul Caliber. Permainan ini juga akan mengikut jalan cerita anime asal yang dilancarkan sekitar 2 dekad lalu.

Setakat ini, Square Enix hanya mengumumkan pelancaran di Jepun dan belum memaklumkan apa-apa tentang pelancaran global. Jika anda berminat, anda boleh mendaftarkan minat anda di sini.

Sumber rujukan: Gematsu

RELATED NEWS

+