“Saya ingin menghancurkan R7,” – RSG PH Nathzz

Rivaldi Fatah R7 adalah salah seorang pemain EXP laner yang terbaik di arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang. Dia memulakan kariernya menerusi permainan video Dota 2 sebelum berhijrah ke MLBB selepas pasukan RRQ dibubarkan untuk divisi Dota 2.

Melalui permainan peranti mudah alih Mobile Legends, R7 sudah mengangkat tiga kali piala MPL Indonesia di musim kelima, keenam dan kesembilan. Satu pencapaian yang sangat baik buat pemain berbakat ini.

Kini, RRQ Hoshi sekali lagi hampir mara ke peringkat akhir Piala Asia Tenggara (MSC) 2022. Mereka harus menentang jaguh terkuat dari Filipina iaitu RSG PH. Nathzz iaitu salah seorang pemain RSG menjadikan R7 itu sebagai idolanya dan tidak sabar untuk bertemu dengan juara MPL ID musim ke-9 itu.

“Saya berasa sangat teruja, saya ingin menghancurkan R7 di dalam pertemuan kami selepas ini.

“Selamat maju jaya RRQ Hoshi, kami akan melakukan yang terbaik,” ujarnya selepas memenangi perlawanan menentang Orange Esports.

Siapakah yang bakal memenangi perlawanan di antara dua gergasi dari Indonesia dan Filipina ini? Kita bakal saksikan tidak lama lagi.

Sumber: AFK Gaming

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+