“Saya masih belum buat keputusan (sambung main kompetitif),” – Xorn

“Saya perlu pertimbangkan, samada saya nak teruskan atau tak,” itu kata-kata Mohamad Zul Hisham Noor (Xorn), ketika ditanya mengenai hala tujunya selepas ini untuk sambung bermain MLBB di arena kompetitif atau sebaliknya.

Pada sidang media itu, Xorn juga mengatakan apa pun yang terjadi selepas ini belum lagi diputuskan. 

“Mungkin juga saya bertukar fikiran, saya tak tahu,” katanya kepada media.

HomeBois tewas 1-2 di peringkat kumpulan D lawan TheOhioBrothers sekali gus tersingkir dari kejohanan dunia MLBB, M5. 

Dengan kekalahan itu menyebabkan Geek Fam tidak perlu lawan Deus Vult untuk tiebreaker dan kedua-dua pasukan itu berjaya ke pusingan knockout.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Foto: MOONTON Game

RELATED NEWS

+