Sebuah pasukan Dota 2 dari Malaysia iaitu Royale 5 didapati melanggar peraturan kejohanan QH Sports Dota Series 2 pada semalam."> Sebuah pasukan Dota 2 dari Malaysia iaitu Royale 5 didapati melanggar peraturan kejohanan QH Sports Dota Series 2 pada semalam." /> Sebuah pasukan Dota 2 dari Malaysia iaitu Royale 5 didapati melanggar peraturan kejohanan QH Sports Dota Series 2 pada semalam." />

Sebuah pasukan Dota 2 Malaysia disingkirkan akibat melanggar peraturan kejohanan

Sebuah pasukan Dota 2 dari Malaysia iaitu Royale 5 didapati melanggar peraturan kejohanan QH Sports Dota Series 2 pada semalam.

Royale 5 dianggotai oleh:

  • William Yeoh “MangO`ROSE” Kwok Teong
  • Denise Danial “Wonder’boy” Bin Abdullah
  • Chung Wei “CwShen” Shen
  • Pang Sze “wayne” Xuan
  • Ahmad Ahyad “Aegon” Bin Husam

Hal ini menyebabkan pasukan itu hilang kelayakan lalu disingkirkan daripada kejohanan. Royale 5 adalah pasukan yang dijemput menggantikan tempat OB.Neon yang tidak dapat melengkapkan barisan pemain sebelum tarikh penutup.

Penganjur kejohanan iaitu Oceanic Esports menjalankan siasatan dalaman mengenai pelanggaran peraturan kejohanan rasmi oleh Royale 5 di bawah peraturan ‘3.4 Sharing Account’ ataupun berkongsi akaun. Pasukan Royale 5 dijumpai melanggar peraturan itu sewaktu perlawanan menentang pasukan Galaxy Racer pada semalam.

Rentetan daripada penyingkiran itu, segala keputusan perlawanan oleh Royale 5 kini dibatalkan dan beberapa pasukan seperti Ragdoll, Team SMG, M Y, Top Team dan Galaxy Racing dianugerahkan kemenangan percuma bagi pusingan-pusingan sebelumnya.

Penganjur kejohanan juga mengharamkan Royale 5 untuk bertanding dalam apa jua bentuk kejohanan yang dianjurkan di bawah pengelolaan Oceanic Esports.

 

RELATED NEWS

+