Sega Genesis Mini Tiba Di Malaysia Pada 19 September, 42 Game Diumumkan Termasuk Sonic the Hedgehog

Berita baik kepada peminat game retro!

SEGA Genesis Mini akan dilancarkan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina secara serentak pada 19 September 2019. Epicsoft Asia baru sahaja mendedahkan harga dan juga senarai game yang bakal hadir bersama SEGA Genesis Mini ini.

Konsol retro ini adalah pengubahsuaian kepada SEGA Genesis yang pernah dipasarkan pada tahun 1988. Antara game yang paling banyak terjual untuk konsol ini adalah Sonic the Hedgehog iaitu sebanyak 15 juta unit.

SEGA Genesis Mini adalah 55 peratus lebih kecil berbanding konsol asal dan mempunyai kawalan suara berluncur, pelbagai replika port, kabel HDMI dan kabel kuasa. Ia didatangkan dengan 2 USB controller dan direka mengikut rekaan klasik 3 butang SEGA Genesis asal.

Inilah senarai harga untuk SEGA Genesis Mini mengikut negara:

  • Malaysia: RM359.00
  • Thailand: THB3,390   
  • Singapura: SGD119.90
  • Indonesia: IDR1,499,000
  • Filipina: PHP4,590

Konsol retro mini ini bakal hadir dengan 42 game klasik yang dibangunkan untuk SEGA Genesis asal. Korang boleh main terus kerana kesemua game ini sudah tersedia dalam konsol ini. Berikut adalah senarai game yang didatangkan bersama konsol ini:

  • Alex Kidd in the Enchanted Castle
  • Alisia Dragoon
  • Altered Beast
  • Beyond Oasis
  • Castle of Illusion Starring Mickey Mouse
  • Castlevania: Bloodlines
  • Columns
  • Comix Zone
  • Contra: Hard Corps
  • Darius
  • Robotnik’s Mean Bean Machine
  • Dynamite Headdy
  • Earthworm Jim
  • Ecco the Dolphin
  • Eternal Champions
  • Ghouls ‘n Ghosts
  • Golden Axe
  • Gunstar Heroes
  • Kid Chameleon
  • Landstalker
  • Light Crusader
  • Mega Man: The Wily Wars
  • Monster World 4
  • Phantasy Star 4: The End of the Millennium
  • Road Rash 2
  • Shining Force
  • Shinobi III: Return of the Ninja Master
  • Sonic The Hedgehog
  • Sonic The Hedgehog 2
  • Sonic The Hedgehog Spinball
  • Space Harrier 2
  • Street Fighter 2: Special Champion Edition
  • Streets of Rage 2
  • Strider
  • Super Fantasy Zone
  • Tetris
  • Thunder Force 3
  • ToeJam & Earl
  • Vectorman
  • Virtua Fighter 2
  • Wonder Boy in Monster World
  • World of Illusion Starring Mickey Mouse and Donald Duck

Pra-tempah SEGA Genesis Mini sudah pun dibuka di rakan-rakan kedai EpicSoft Asia di seluruh Asia Tenggara. Namun, pra-tempah secara online akan dibuka beberapa hari sebelum tarikh pelancaran rasmi konsol ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+