Steam."> Steam." /> Steam." />

SEGA adakan jualan Steam sempena ulang tahun ke-60

Tahun 2020 menandakan SEGA telah beroperasi selama 60 tahun. Untuk meraikan pencapaian ini, syarikat tersebut mengadakan sebuah jualan di platfrom Steam.

Jualan ini menawarkan potongan harga sehingga 95% untuk permainan-permainan terbitan SEGA seperti siri Total War, Persona 4 Golden, Sonic Mania, dan banyak lagi.

Penerbit tersebut juga memberikan satu permainan percuma iaitu Sonic the Hedgehog 2. Ia boleh ditebus oleh semua pengguna Steam dan akan kekal dalam koleksi anda selama-lamanya.

Berikut adalah senarai permainan-permainan yang menerima potongan harga dalam jualan ini:

  • Persona 4 Golden – RM79.00 RM63.20
  • Two Point Hospital – RM100.00 RM30.00
  • Total War: Three Kingdoms – RM159.00 RM106.53
  • Company of Heroes 2 – RM38.00 RM1.90
  • Yakuza Kiwami 2 – RM125.00 RM62.50
  • Sonic Mania – RM85.00 RM21.25

Jualan ini akan berakhir pada 20 Oktober ini. Oleh itu, pastikan anda tidak ketinggalan untuk membeli permainan-permainan hebat terbitan SEGA!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+