FromSoftware telah mengumumkan Sekiro: Shadows Die Twice | Game of the Year Edition. Ia akan dilancarkan secara percuma dalam bentuk sebuah kemaskini pada 29 Oktober ini. Sebuah versi fizikal untuk PlayStation 4 (PS4) juga akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
Kemaskini tersebut akan menambahkan beberapa perkara baharu seperti mod cabaran pertarungan bos, rakaman permainan seperti dalam siri Dark Souls, dan juga skins untuk watak utama.
Pada waktu ini, versi fizikal untuk PS4 hanya disahkan akan dilancarkan di Jepun. Penulis berharap ia juga akan dilancarkan di seluruh dunia agar pemain-pemain baharu boleh menikmati versi lengkap Sekiro: Shadows Die Twice.
Sekiro: Shadows Die Twice kini boleh dibeli untuk PC (Steam), PS4, dan Xbox One.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.