Tencent kini sedang mengadaptasikan permainan video popular soulslike Elden Ring ke versi mudah alih.
Beberapa pasukan diarah untuk mengerjakan prototaip permainan ini tetapi menurut Tencent, ia masih di tahap awal.
Dikatakan Tencent mahu mengubah Elden Ring versi mudah alih ini kepada versi free-to-play (percuma untuk dimainkan) dengan pembelian dalam permainan (IAP).
Namun, rekaan Elden Ring yang dibangunkan untuk dibeli bakal mempunyai sedikit masalah dengan pelan model dari Tencent.
Tencent sebelum ini juga memberhentikan projek ‘Nier’ mereka disebabkan isu yang sama.
Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan rasmi untuk bila projek ini akan datang ke platform mudah alih.
Walaupun begitu, PUBG Mobile masih memberi wang pulangan untuk Tencent tetapi produk baharu Tencent setakat ini tidak memberangsangkan.
Rujukan: Reuters