5 cara kreatif pemain kalahkan bos dalam permainan video

Tidak semua bos di dalam permainan video mudah untuk dikalahkan.

Tetapi sesetengah daripada bos-bos ini mempunyai kelemahan yang anda boleh salah guna dan membuatkan bos itu langsung tidak sukar untuk dilawan.

Boleh dikatakan apa yang anda buat adalah ‘cheese‘ bos-bos ini.

Cheese dalam permainan video bermaksud mengalahkan bos dengan cara luar biasa dan boleh dikatakan dengan taktik murahan.

Kali ini dalam 5 cara kreatif orang kalahkan bos dalam permainan video:

1. Godskin Duo (Elden Ring)

Kedua-dua bos ini anda perlu berlawan serentak dan boleh dikatakan sangat menyusahkan jika anda tidak tahu bagaimana untuk menang.

Namun tanpa disangka kedua-dua bos ini boleh menjadi sangat-sangat mudah.

Apa yang perlu anda buat hanyalah menggunakan sleep arrow bagi status effect tidur untuk menidurkan mereka berdua.

Tidur itu pula tanpa sebab lebih lama dari sepatutnya iaitu lebih dari 1 minit.

Apabila sudah tidur mereka hanya menjadi bos yang tidur dan akan buat apa-apa.

2. Tiny Tiger (Crash Bandicoot)

Bos ini akan menghantar serangan singa-singa untuk anda sepatutnya elak.

Tetapi apa yang anda perlu buat hanya bersembunyi di sudut peta dan anda tidak akan dilanggar langsung.

Lebih melucukan untuk versi HD permainan ini, orang yang menonton perlawanan anda akan membaling keju kerana anda menipu.

3. Darth Malak (Star Wars: Knights of the Old Republic)

Darth Malak boleh dikatakan antara bos paling susah dalam Knights of the Old Republic.

Tetapi rupanya ada satu kelemahan yang anda boleh gunakan.

Untuk berlawan anda perlu bercakap dengan Darth Malak.

Jadi apa yang anda perlu buat hanya meletakkan sebanyak perangkap yang anda boleh kemudian baru bercakap dengan Darth Malak.

Anda perlu menarik perhatian Darth Malak ke perangkap itu dan apabila meletup bos itu terus mati begitu sahaja.

4.Taurus Demon (Dark Souls)

Taurus Demon adalah bos pertama yang anda lawan dalam Dark Souls.

Untuk kebanyakan pemain, bos ini tidaklah sesukar mana tetapi untuk yang merasakan kesusahan bos ini, ada cara paling mudah.

Apa yang anda perlu buat adalah hanya menarik perhatian Taurus Demon dengan naik dan turun tangga.

Bos ini menjadi tidak tahu untuk buat apa-apa dan anda boleh menggunakan senjata yang anda ada tanpa kesusahan.

Jika bos itu naik, anda hanya turun, jika bos itu turun anda perlu naik semula.

5. Demon of Hatred (Sekiro: Shadows Die Twice)

Sama seperti namanya Hatred, ramai orang sangat membenci bos ini dalam Sekiro.

Tidak ramai mampu untuk mengalahkannya. Tetapi ada cara mudah untuk mengalahkan bos ini.

Anda hanya perlu mengalih perhatian bos ini dengan melompat ke atas tembok dan apabila bos itu tertarik dia akan jatuh begitu sahaja ke bawah dan mati.

Apa lagi cara mudah yang anda pernah guna untuk mengalahkan bos yang anda lawan?

RELATED NEWS

+