Sekuel Gunbound Akhirnya Hadir Selepas 7 Tahun – Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Tanyalah sesiapa saja yang lahir pada 90-an, mesti korang tahu permainan Gunbound di PC. Ia adalah permainan tembak-menembak yang hampir sama dengan Worms – tapi dengan keunikan tersendiri.

Pasti korang terkejut kalau penulis katakan Gunbound akan hadir ke Asia Tenggara sekali lagi tapi kali ini dalam bentuk sekuel!

Softnyx, pembangun game Korea dengan Electronics Extreme (Thailand) berkolaborasi bersama untuk menghasilkan sekuel New Gunbound.

Antara mobile yang ditawarkan

Yang menariknya, ia akan dibangunkan oleh mereka yang menghasilkan Gunbound original dan boleh dimainkan di PC dan telefon pintar. Ia juga menyokong fungsi rentas platform jadi kedua-dua pemain di platform ini boleh main bersama.

Tapi setakat ini pemain tak dijanjikan jika boleh membawa progress antara kedua platform. Dalam New Gunbound ini, korang boleh menggayakan karakter dan mobiles dengan pakaian berlainan dan Softnyx juga menjanjikan pemain baru takkan ketinggalan dengan tutorial baru diperkenalkan. 5 minit je nak faham game ni!

Ia dijangka akan hadir pada suku ketiga 2019 dan boleh dimainkan di Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Korang masih ingat nak buat high angle shot pakai Boomer?

Sumber: SEA Mashable

RELATED NEWS

+