Selangor peruntukkan RM3 juta untuk e-sukan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan Selangor berhasrat untuk mengembangkan agenda digitalisasi dengan peruntukan sebanyak RM369 juta.

Sebanyak RM3 juta daripada peruntukan tersebut adalah berkenaan pelaksanaan program berkaitan e-sukan.

Kita sedia maklum sebelum ini kerajaan Selangor sudah lama meneruskan program seperti Permainan Siber Selangor (SCG) yang sudah dimulakan sejak 2014 lagi.

Dalam laporan Amanz mengatakan inisiatif belia ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia dan menyediakan kejohanan amatur serta memberi latihan kepada atlet muda ini menonjolkan bakat.

Sumber rujukan: Amanz

RELATED NEWS

+