Free Fire: Kalahari bakal dikeluarkan daripada peta rasmi semua kejohanan

Garena Free Fire memutuskan bakal mengeluarkan peta Kalahari daripada urutan peta rasmi e-sukan dalam mana-mana kejohanan. 

Pihak e-sukan Free Fire MCPS mengesahkan bahawa pengubahsuaian itu bakal digunakan dalam kejohanan sepanjang musim baharu 2023.

Peta yang dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021 itu membawa banyak aksi menarik dengan saiz peta yang lebih kecil berbanding Bermuda. Intensiti permainan yang sangat pantas serta koordinasi pergerakan menggunakan Launch Pad dan Grappling Gun.

Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi pembaharuan yang bakal tampil iaitu penambahan peta Nexterra dalam pool peta e-sukan bermula di liga serantau.

Kebanyakan perlawanan latihan (scrims) dalam liga serantau seperti Thailand, Indonesia dan MCPS telah mempraktikkan dan menyesuaikan komposisi pasukan dengan peta Nexterra ini.

Peta ini mempunyai ciri yang unik yang hadir seperti anti-graviti di kawasan Grav Labs dan kebolehan Teleport  di Deca Square.

RELATED NEWS

+