Shin Megami Tensei V akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 2021

Atlus telah mengumumkan bahawa Shin Megami Tensei V (SMT V) akan dilancarkan secara serentak di seluruh dunia pada tahun depan di Nintendo Switch.

Pengumuman tersebut dibuat melalui sebuah trailer dalam pembentangan Nintendo Direct Mini: Partner Showcase yang disiarkan semalam. Nampaknya trailer tersebut juga mempertunjukkan watak utama SMT V.

SMT V merupakan judul terbaru dalam siri permainan video Japanese role-playing game (JRPG) Shin Megami Tensei. Sebelum ini, judul terakhir yang dilancarkan ialah Shin Megami Tensei IV. Ia dilancarkan di Nintendo 3DS pada tahun 2013.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+