SEGA kini mengumumkan tarikh pertukaran untuk pelancaran Shin Megami Tensei V: Vengeance dari 21 Jun diawalkan ke 14 Jun ini.
Permainan video itu akan dilancarkan di Nintendo Switch, PlayStation 4 & 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam dan Windows.
Mereka turut memperkenalkan karakter-karakter yang akan membuat penampilan dalam versi ini iaitu Tao Isonokami, Yuzuru Atsuta, Ichiro Dazai, Miyazu Atsuta dan Sahori Itsukishima. Demons seperti Naamah, Eisheth dan lain-lain turut diperkenalkan.
Shin Megami Tensei V sebelum ini dilancarkan pada 2021 dan versi Vengeance ini adalah menambah beberapa cabang penceritaan, lokasi, demons yang baru untuk pemain.
Di Steam, permainan ini dijual dengan harga RM249 untuk pra-tempah.