SIMULACRA adalah game seram mobile dibangunkan oleh studio tempatan, Kaigan Games yang dilancarkan pada 2017. Sebagai sekuel kepada Sara is Missing, SIMULACRA memberikan perspektif penceritaan seram lain daripada yang lain melalui skrin telefon pintar milik Anna yang kini hilang tanpa jejak.
Pemain harus mencari klu-klu wanita misteri itu untuk mengembalikan telefon kepada hak milik empunya dengan menyelinap masuk segala aplikasi pintar dalam telefon itu seperti aplikasi dating, media sosial, galeri gambar dan banyak lagi.
SIMULACRA telah menawan hati ramai pemain dari seluruh dunia sehingga berjaya terjual sebanyak 250,000 salinan di platform mobile dan PC. Berikutan kejayaan game ini, pembangun menghasilkan satu spin-off, SIMULACRA: Pipe Dreams yang memperkenalkan penceritaan, karakter dan kawalan baru yang mantap dan lagi seram sehingga membawa pulang anugerah Best Innovation untuk SEA Game Awards 2018.
Baca lagi: 10 Fun Mobile Games Made By Malaysians You Should Play Now!
Is this real life? Alongside some of the world’s best brands, products and personalities, our humble little game has been nominated by @TheWebbyAwards !
If you want SIMULACRA to be awarded for best user experience, you can help us make it happen!https://t.co/APqiDjXupd pic.twitter.com/8hPf1uqOW2
— SIMULACRA (@playsimulacra) April 3, 2019
Keunikan game bertemakan ‘found-phone’ ini telah membolot banyak anugerah berprestij antaranya pemenang Excellence in Story Telling (IMGA Singapura), Best Innovation dan Best Storytelling (SEA Game Awards) dan terbaru, game ini dinobatkan untuk The Webby Awards dalam kategori Best User Interface untuk Webby Awards People’s Voice.
The Webby Awards adalah anugerah tertinggi yang memberi penghargaan kepada aspek penting dalam Internet seperti laman sesawang, video, pengiklanan, media, PR, sosial, aplikasi, mobile, podcast dan game. Badan juri Webby Awards dipantau oleh lebih daripada 2000 pakar industri teknologi dan Internet.
Bagi peminat SIMULACRA atau pemain Malaysia yang ingin tunjukkan sokongan untuk game buatan tempatan, korang boleh undi SIMULACRA dan daftar terlebih dahulu melalui pautan di sini. Undian telah dibuka sekarang dan bakal ditutup pada 18 April 2019.
Ayuhlah kita undi ramai-ramai dan sokonglah industri pembangunan game Malaysia!